Wednesday, January 4, 2012

Persediaan ke Mesir


Assalamualaikum masyi, liyana.hehe and to all of you juniors who's coming here. Ahlan wa sahlan ila Misr. Mesir. Mim Sad Ra, Bumi Musibah, Sabar & Redha.

Banyak benda kak lin nak pesan. Hampa bawak barang2 ni daripada Malaysia. Kak lin dulu pulun semua nak beli je kat sini tengok2 susah betul nak cari, susah dapat brand yang best2, yang kita caya, kalau ada pun harga lebih kurang je dekat Malaysia. Xdaknya kat sini lagi murah ka apa. Tapi hampa nanti dok kat Kaherah@Cairo kan, kak lin xtahu la suasan sana mcm mna. Apa2 pun, yang kak lin nak pesan kat sini based on pengalaman kak lin yang dah 3 bulan kat sini.(3 bulan je pon). Here's perkara2 yg hmpa kena tahu:

# CUACA
Bulan Januari & Feb merupakan puncak musim sejuk yang mana suhu boleh mencecah hampir 8 darjah celsius. 8 je? skrg ni baru 12 darjah celsius pun dah rasa macam duduk dalam freezer. Xdenye best. Nak salji pulak? Ha mai sini dulu baru hmpa tau nak salji ke x. SEJUUUUK~~~~ Musim panas nanti dalam bulan 6,7 hmpa blek x? Kalau xblek bawak la jugak pakaian yang sesuai unruk musin panas.

# PAKAIAN
Yang xcerah. Ikut la. janji yang xnmpak sgt bila terkena kotoran. Sebab sini amat berdebu. Pakaian hitam pun nanti nmpak kelabu dengan debu. Pakaian yang sesuai untuk masa sekarang ni adalah yang tebal2 la.

Sempena musim sejuk a.k.a WINTER:
1. Winter coat. Kalau bleh yg ada hood. Senang kalau hujan.
2. Jacket kalis air.
3. Longjohn. Tau x longjohn ni apa? Sejenis inner yang tebal, bila pakai rasa hangat, boleh didapati dari kedai2 travel seperti Travel for All.
4. Inner. Longjohn mahal nak bli banyak2. Inner ni bleh buat ganti longjohn. Xkan 7 hari nk pakai longjohn yang sama? Kalau xkisah ok je.(please don't)
5. Glove. Sarung tangan kat sini ada je murah2. Tapi xtau korg nnt sempat ke nak cari. So kalau bli dari Malaysia siap2 pun xpe.
6. Boot. Bagi yang berseluar, bleh pakai boot. Dekat sini kalau hujan mmg banjir. Sbb diorg xdak longkang. hujan jarang2, ikut musim. Tapi sekali hujan 2-3 hari jugak.
7. Kasut sukan & secukupnya. Kat sini susah cari kasut sedap2. Kasut sini kebanyakannya tapak keras. Even yang branded habes. Bagi student macam kita yang bnyk berjalan nnti, bawak kasut yang selesa siap2 dari Malaysia.

# MAKANAN
Hat ni paling penting. Untuk makanan, kalau tempat hmpa xdak restoran Melayu sangat seksa oh. Seksa batin rindu kat makanan Malaysia. Haha. Tapi kat cairo tu insyaallah senang nak cari kedai masakan Malaysia. Yang paling penting bahan masak yang xleh nk dapat kat Mesir ni.

1. Serai. Serai ni confirm2 xdak kat mesir. Hampa KENA bawak. Macam yang housemate kak lin buat, dia potong2 serai tu and then jemur/keringkan dan seal dalam plastik.
2. Halia. Halia leh dapat kat sini tapi mahal.
3. Daun Limau Purut. Kalau suka makan tomyam, padprik semua tu, bawak la banyak2.
4. Daun Kari
5. Ikan Bilis. Ikan bilis xde kat sini. Bawak banyak2. Kalau bleh sorg 1kilo. HAHA. Tapi make sure ikan bilis tu betul2 KERING. Kalau berkulat sayang. Ikan bilis dh la mahal kat malaysia tu.
6. Udang Kering
7. Rempah Kari, Kurma, Sup.
8. Serbuk Kunyit. Yang suka ikan goreng ayam goreng tu bawak la banyak2.
Serbuk Santan! Bli dalam bentuk serbuk bawak banyak2 kalau suka makan yang lemak2.
9. Pes Tomyam.
10. Perencah Rendang. Bawak la, seriously hmpa rindu rendang nanti. Kalau xmau bagi kat kak lin. :D
11. Kicap. Penting! Kat sini xda. :D
12. Sos Cili. Sos cili kat sini xbest@xsedap. Xmacam Malaysia punya. Sos tomato ada banyak.
13. Kopi Radix. Kat sini ada power root ja xdak kopi radix. ehehe

#BARANGAN ELEKTRIK
Bukan xdak barang elektrik kat sini. Kualiti dia je low sikit. Blender yang beli dari sini pakai 2-3 kali, getah dia tu cair. Hoho. So bawak la. Kak lin pun bahagi ngan housemate bawak dari Malaysia.
1. Rice cooker.
2. Blender.
3. Hairdryer. Kalau guna.
4. Earphone. :D
5. Laptop. Laptop tu buat la maintanance semua siap2 kat Malaysia. Dekat sini xtau kat mana yang best kalau nak repair.

#KEWANGAN
Dekat sini mata wang dia adalah EGYPTIAN POUND(EGP) atau kita panggil genih. Pertukaran mata wang adalah seperti berikut:

RM1 = 1.92EGP
RM1 = 0.3USD
1USD = 5.97EGP
Pahang dok? :D

Nak dtg nnt, tukar duit siap2 ke dalam American Dollar, USD, pastu kat sini tukar ke EGP. Mereka terima dollar sahaja, ringgit Malaysia tidak akan dilayan.

#TAKUT PAK ARAB?
Ada yg baik, ada yg kurg, hampa yg kena pandai jaga diri. yang nama manusia ni sama je. Kalau jumpa yang baik,baiklah, yang kurg baik, na'uzubillah. Tapi diorg sgt sukakan org malaysia, diorg gelar Ahsan Nas, sebaik-baik manusia. Yela kita terkenal dgn kesopanan dan tatasusila kan, klu pak arab baik, depa layan hmpa baik gila, namu, yg kurang baik tu, diorg tau korg lemah lembut, lg diorg nk kacau. Eh, kata pegawai waran?bukak la based tuu.ahakz~ Banyak senior cakap, pak arab ni xkacau orang yang pakai cincin, sebab melambangkan hmpa ni dh berpunya. Kalau betul2 lg best. HAHA. Pakaian tu bagi betul2 tutup aurat, pak arab ni nafsu dia xmcm org Malaysia, kita xtau. Nak berjalan g mana2 jgn pi sorg2. Dekat sini nnt, ada sistem yg kita panggil sistem musyrif/musyrifah. Musyrif ni ialah seseorg yg akan teman kita ke mana-mana. Jangan risau susahkan diorg ke apa, diorg ni yg volunteer nak temankan hampa, nk jaga hampa. Kalau bukan kita2 yang jaga kita2, sapa lagi ye dok? Pape pun, takut Allah sudey... Mohon perlindungan hanya daripada-Nya yang Maha Melindungi. :)

# EXTRA
1. Alat Tulis. Kalau suka alat tulis yang berjenama tu, bawak siap2. Kat sini susah dapat terutama jenama PILOT. Jenama Staedtler ada jugak sikit2 tapi mahal. Stabilo pun boleh la ada jugak. Pen Faber Castell ada tapi xbanyak variety.
2. Payung. Susah nak jumpa payung kat sini. Bawak je la siap2.
3. Topup. Sebelum datang sini nanti topup siap2. Bleh contact mak ayah sementara nak cari sim card sini. Nak mesej ke no Malaysia guna no Malaysia adalah sebanyak RM2. Telefon RM4 seminit. o.O topup lah secukupnya. No baru nanti, mesej ke malaysia 0.80sen.

Pandai2 la hampa bahagi barang dengan housemate. Bincang betul2 apa yang kena bawak. Ada apa2 kemuyskilan lagi tanya la. Kak lin sedia membantu. Kalau ada apa2 lagi nanti kak lin tambah.

Apa2 pun ingat, walaupun Mesir ni bumi para Anbiya', di sini juga hidupnya Fira'un. Terserah kita jalan mana yang kita pilih, corak apa yang kita bentukkan dalam diri. Betulkan niat datang sini, jangan risau sangat takut xboleh hidup ke apa, kat sini still dalam Bumi lagi. Hehe. Berserah dekat Allah banyak, istikharah. Mesir sangat best bagi kak lin. Insyaallah bagi hampa juga. :D Sementara xpegi lagi ni spend masa cukup2 dengan mak ayah. Selamat membuat persiapan!

1 comment:

Unknown said...

sorry eh saya nak tumpang tanya sim cad malaysia yang jenapa apa yang boleh bawak ke sana maxis ,digi ,celcom,umobile ke yang mana satu ni