Friday, January 13, 2012

a gift to our Ustazah

Assalamualaikum w.b.t.

Hari Khamis ni last arabic class dekat Misr Turk, ma'had (maksudnya pusat.dh blajar arab ni kena la speaking arab sket  kan) bahasa arab kami. Aku ngan beberapa rakan 1st year decide nak ambik kelas arab kat sini, kelas Arab Fushah, bahasa indah al-Quran al-Karim.

Alang-alang last class, we decided to make something for Ustazah Syaima'.

Nahnu nuhibbu Ustazah Syaima'! :D
(Kami syg Ustazah Syaima'!)

Sweet kan kitorg?

Asalnya nak buat macam2 lagi untuk ustazah. Nak bagi dia rasa makanan Malaysia. Tapi belum rezeki ustazah nak rasa makanan Malaysia yang superb2 tu, kitorg xsempat buat, nak study la, sok final exam kot.AS IF.

So setelah cukup 40jam belajar kat sini, berkejar masa ke kelas arab right after habis lecture, bertungkus lumus melawan ngantuk masa belajar, berikat perut tahan lapar masa kat kelas arab, hari Khamis ni kami akan menghadapi final exam for mustawa 1(ya, level 1 baru.- -..). FINAL EXAM.

KHAMIS.CLASS 4.SECTION 3.8:00A.M

Aku: Oh no kak Syaza! Kite lupa nak bawak buku arab nak baca. Malam tadi dah la xbaca lagi!
K.Syaza: Eleh, Lin dah terer xpe la.
Oh bangganya.HAHAHA

Haha don't do this. Instead say Ameen. Alhamdulillahirabbil'alameen. Semoga Allah berkati kelebihan ini. Mana xterer, blaja arab dari darjah 4. Jangan membazir duit mak bapak hantar kita sekolah yang ada bahasa arab dulu. Sekolah extraordinary, yuran extraordinary jugak!

 *  *  *
KHAMIS.LECTURE HALL.10:00A.M

Aku: Jiah! Xbaca buku lagi.
Jiah: Ala, kita kan ramai. *wink*wink*

Baik punya, kita kan ramai, ada mata, ada komunikasi, jalaan. Haha Jiah. Ingat xlayan benda-benda xjujur ni, aku lupa kita ni sama! Sekepala.

KHAMIS.MISRTURK.5:00PM

Kelas start kul 4.30. Ya, macam biasa, aku slow and steady dtg kul 5.
Jawab punya jawab, Jiah pun bersuara. Strategi Mumtaz Mustawa 1 pon mulalah. Sharing is caring. HAHA.

Alhamdulillah, akhirnya selesai Kelas Arab Level 1. Doakan kami semua berjaya~ Ameen ya rabbal'alameen.

*Gift tu lupe nak bawak pegi kelas arab. Haha bagi hari lain jelah. Nanti nak pegi lagi untuk mustawa 2.ehe

Sunday, January 8, 2012

horror #1: ended


Assalamualaikum. w.b.t

So tadi dah pegi cabut gigi.

Kedai gigi, 8.40p.m.


Tiba giliran aku, nurse jemput aku masuk bilik bedah. :D

Fatin a.k.a yuri(- -'') masuk sekali. Aku cakap bagus, tolong tengok apa dr. tu buat kat aku nanti. Aku xnak bukak mata!

Mata aku jeling-jeling dekat tray peralatan. Xde scalpel, xde syringe. Yes! Xde belah2 xde cucuk2. Aku lega.

Then dr. masuk, dlm tangan dia ada syringe! AAA aku terus tutup mata. Bismillah, selawat xberhenti. Dia bukak mulut aku dia cucuk!cucuk!
Scene 18SG baru bermula.

Sebahagian mulut aku rasa tebal. Kebas. Rasa bibir macam sexy gitu. 2minit kemudian dr. bawak klua sesuatu pulak. rupanya seakan screwdriver. (?!!!)

Scene 18SG pun berterusan. Dengan mata tertutup aku dengar Fatin uhh!eek!ee!aa!. Dia pulak yang ngeri. Aku mulut dah tebal xrasa apa. Rasa dr tonyoh2 kuat2, gerudi2. Aku pejam kuat-kuat je tetap ngeri walaupun xsakit. Tonyoh punya tonyoh, gerudi punya gerudi, pap, ada something dalam tangan aku. Dr letak dalam tgn aku gigi tu. HAHA.(sebenarnya nak letak dalam tray tapi dr terlepas betul2 masuk dalam tangan aku.)

Extraction done.ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIIN.

Dah bayar semua tu aku ngan fatin pon cerita la balik apa jadi tadi. Fatin dah tergelak2 aku cakap macam orang cacat. Ya, rasa macam penghidap alzheimer pun ada mulut senget2 ni. Masa tu baru terfikir, baru nak rasa bersyukur yang amat Allah masih kurniakan deria & kekuatan untuk mengawal tubuh badan. Alhamdulillahirabbil'alameen. Ucapan yang tidak patut lekang daripada mulut dan hati kita.

And so the milk tooth is gone, i'm officially a grownup! :D Tapi xkan betul2 jadi grownup sbb gigi geraham xkan keluar. :P

But i have another checkup to go. Remember the HIV test kat sini? Another horror to get through. May Allah bless me with courage!(exaggerate bley..)

Saturday, January 7, 2012

horror #1: dental checkup



Assalamualaikum w.b.t.

Banyak betul checkup aku buat lately ni. Checkup gigi ngan ambik blood test for HIV. HIV kau. k 2 checkup je xbanyak pun.

It all started last week on thursday. We found a place for dental checkup. A recommended place of course. Kat egypt ni jangan la pandai-pandai main tuju je. Tanya dulu senior-senior mana tempat yang okay. Yang horrornya lagi, dentist kat sini sangat ganas. Aku kalau xterdesak xnak saksikan keganasan tu. TAPI, nak buat braces kat sini sangat murah. 6000 LE = RM3000. Atas bawah okey. Tinggal cari dentist yang x 18SG je. Selepas selesai buat bancian braces kat mana yang paling murah+dentist yang graceful, kitorg g la kedai gigi tu. Dr. Farouq al-Angbawiy.

Kawan aku yang pegi semua pakai braces. Dengar2 je murah, mak diorg bagi one shot permission. Mak aku:

Aku: Ma!Braces murah giler kot kat sinii.
Mama: Berapa?
Aku: RM3000 je atas bawah pulak tu! murah kan? kat Malaysia paling2 4000 5000 ringget. Untung buat kat sini.
Mama: ok ganti dengan tiket flight.
xmauuu!

So kumpul lah duet dulu. Lagipun gigi aku xteruk sangat. Boleh makan lagi, boleh cakap lagi, kalau senyum pun, orang leh cair lagi.

Dah selesai kawan2 aku buat, turn aku lak. Takut+excited sikit. Dapat dentist blondie+mata biru = hensem. yeayy. :D

Dia usha3 dia pun tanya, "So what are you not happy about your teeth?" meaning aku punya gigi elok je kot selain gigi susu tu. Ya, i was a kid until yesterday! Baru hilang gigi susu. :D

Gigi susu aku ni(bawah depan), dia xnak tercabut walaupun gigi kekal yang bawah dia tu dah keluar habis. Satu hari aku makan ayam, dia terpatah. ouch! dia PATAH bukan tercabut. Akar masih ada kat dalam. Tu yang kena buang, takut infection.

Aku: Can you just remove the milk teeth?
Dr. Hensem: Yes, but you need to go x-ray first, we need to know how deep is the root
Aku: :O

Another benda yang aku rasa horror. Aku xpernah pegi x-ray. And macam-macam aku pike. Kalau jadi gene mutation mcm mana? Kalau chromosome aku jadi trisomy 21 macam mana? Ish, minor exposure to x-ray xbagi kesan pape sangat pon lah, aku tenangkan diri sendiri. And so i'm off to x-ray department near the kedai gigi.

Back to the dentist.

DH: *Sambil pegang x-ray pic* Okay we'll extract the milk teeth and we'll put braces to close the space.
Aku: =.=. I need to wear braces?(pakai bawah je pon kan, 3000 LE.RM1500.hurm3 aku kumpul duit je lah.)
DH: Yes, and we have two types of braces, the transparent one and the metal one. Of course, the price will be different.
Aku: How much is the transparent one?
Braces yang transparent. Bukan retainer tau ni.

DH: 8000LE. The metal will be 6000.
Aku: 6000? Not 3000?
DH: Both up and down, 6000.
Aku: I need to wear on both side? O.O (6000.6000.tiket flight.)
DH: Yes, if not, you won't be able to close your mouth.
Aku: *sigh*.ok.For now, can i just do the extraction? I'll do the braces later.Till i have enough money.

i'll save up!

DH: We have another problem here. *tunjuk dekat gigi geraham*.All your wisdom teeth won't come out. You have to do surgery to extract them out.


Nak pakai braces pun semput. Surgery? Kbai.

Aku: Can i just leave them there?
DH: Yes, you dont have to do surgery now or tomorrow but you have to get them out because someday you will wake up with so much pain. The extraction we'll  do it tomorrow. Ok?
Aku: Ok..*sigh*

And so does the checkup end. And so does the horror continues.

Wednesday, January 4, 2012

Persediaan ke Mesir


Assalamualaikum masyi, liyana.hehe and to all of you juniors who's coming here. Ahlan wa sahlan ila Misr. Mesir. Mim Sad Ra, Bumi Musibah, Sabar & Redha.

Banyak benda kak lin nak pesan. Hampa bawak barang2 ni daripada Malaysia. Kak lin dulu pulun semua nak beli je kat sini tengok2 susah betul nak cari, susah dapat brand yang best2, yang kita caya, kalau ada pun harga lebih kurang je dekat Malaysia. Xdaknya kat sini lagi murah ka apa. Tapi hampa nanti dok kat Kaherah@Cairo kan, kak lin xtahu la suasan sana mcm mna. Apa2 pun, yang kak lin nak pesan kat sini based on pengalaman kak lin yang dah 3 bulan kat sini.(3 bulan je pon). Here's perkara2 yg hmpa kena tahu:

# CUACA
Bulan Januari & Feb merupakan puncak musim sejuk yang mana suhu boleh mencecah hampir 8 darjah celsius. 8 je? skrg ni baru 12 darjah celsius pun dah rasa macam duduk dalam freezer. Xdenye best. Nak salji pulak? Ha mai sini dulu baru hmpa tau nak salji ke x. SEJUUUUK~~~~ Musim panas nanti dalam bulan 6,7 hmpa blek x? Kalau xblek bawak la jugak pakaian yang sesuai unruk musin panas.

# PAKAIAN
Yang xcerah. Ikut la. janji yang xnmpak sgt bila terkena kotoran. Sebab sini amat berdebu. Pakaian hitam pun nanti nmpak kelabu dengan debu. Pakaian yang sesuai untuk masa sekarang ni adalah yang tebal2 la.

Sempena musim sejuk a.k.a WINTER:
1. Winter coat. Kalau bleh yg ada hood. Senang kalau hujan.
2. Jacket kalis air.
3. Longjohn. Tau x longjohn ni apa? Sejenis inner yang tebal, bila pakai rasa hangat, boleh didapati dari kedai2 travel seperti Travel for All.
4. Inner. Longjohn mahal nak bli banyak2. Inner ni bleh buat ganti longjohn. Xkan 7 hari nk pakai longjohn yang sama? Kalau xkisah ok je.(please don't)
5. Glove. Sarung tangan kat sini ada je murah2. Tapi xtau korg nnt sempat ke nak cari. So kalau bli dari Malaysia siap2 pun xpe.
6. Boot. Bagi yang berseluar, bleh pakai boot. Dekat sini kalau hujan mmg banjir. Sbb diorg xdak longkang. hujan jarang2, ikut musim. Tapi sekali hujan 2-3 hari jugak.
7. Kasut sukan & secukupnya. Kat sini susah cari kasut sedap2. Kasut sini kebanyakannya tapak keras. Even yang branded habes. Bagi student macam kita yang bnyk berjalan nnti, bawak kasut yang selesa siap2 dari Malaysia.

# MAKANAN
Hat ni paling penting. Untuk makanan, kalau tempat hmpa xdak restoran Melayu sangat seksa oh. Seksa batin rindu kat makanan Malaysia. Haha. Tapi kat cairo tu insyaallah senang nak cari kedai masakan Malaysia. Yang paling penting bahan masak yang xleh nk dapat kat Mesir ni.

1. Serai. Serai ni confirm2 xdak kat mesir. Hampa KENA bawak. Macam yang housemate kak lin buat, dia potong2 serai tu and then jemur/keringkan dan seal dalam plastik.
2. Halia. Halia leh dapat kat sini tapi mahal.
3. Daun Limau Purut. Kalau suka makan tomyam, padprik semua tu, bawak la banyak2.
4. Daun Kari
5. Ikan Bilis. Ikan bilis xde kat sini. Bawak banyak2. Kalau bleh sorg 1kilo. HAHA. Tapi make sure ikan bilis tu betul2 KERING. Kalau berkulat sayang. Ikan bilis dh la mahal kat malaysia tu.
6. Udang Kering
7. Rempah Kari, Kurma, Sup.
8. Serbuk Kunyit. Yang suka ikan goreng ayam goreng tu bawak la banyak2.
Serbuk Santan! Bli dalam bentuk serbuk bawak banyak2 kalau suka makan yang lemak2.
9. Pes Tomyam.
10. Perencah Rendang. Bawak la, seriously hmpa rindu rendang nanti. Kalau xmau bagi kat kak lin. :D
11. Kicap. Penting! Kat sini xda. :D
12. Sos Cili. Sos cili kat sini xbest@xsedap. Xmacam Malaysia punya. Sos tomato ada banyak.
13. Kopi Radix. Kat sini ada power root ja xdak kopi radix. ehehe

#BARANGAN ELEKTRIK
Bukan xdak barang elektrik kat sini. Kualiti dia je low sikit. Blender yang beli dari sini pakai 2-3 kali, getah dia tu cair. Hoho. So bawak la. Kak lin pun bahagi ngan housemate bawak dari Malaysia.
1. Rice cooker.
2. Blender.
3. Hairdryer. Kalau guna.
4. Earphone. :D
5. Laptop. Laptop tu buat la maintanance semua siap2 kat Malaysia. Dekat sini xtau kat mana yang best kalau nak repair.

#KEWANGAN
Dekat sini mata wang dia adalah EGYPTIAN POUND(EGP) atau kita panggil genih. Pertukaran mata wang adalah seperti berikut:

RM1 = 1.92EGP
RM1 = 0.3USD
1USD = 5.97EGP
Pahang dok? :D

Nak dtg nnt, tukar duit siap2 ke dalam American Dollar, USD, pastu kat sini tukar ke EGP. Mereka terima dollar sahaja, ringgit Malaysia tidak akan dilayan.

#TAKUT PAK ARAB?
Ada yg baik, ada yg kurg, hampa yg kena pandai jaga diri. yang nama manusia ni sama je. Kalau jumpa yang baik,baiklah, yang kurg baik, na'uzubillah. Tapi diorg sgt sukakan org malaysia, diorg gelar Ahsan Nas, sebaik-baik manusia. Yela kita terkenal dgn kesopanan dan tatasusila kan, klu pak arab baik, depa layan hmpa baik gila, namu, yg kurang baik tu, diorg tau korg lemah lembut, lg diorg nk kacau. Eh, kata pegawai waran?bukak la based tuu.ahakz~ Banyak senior cakap, pak arab ni xkacau orang yang pakai cincin, sebab melambangkan hmpa ni dh berpunya. Kalau betul2 lg best. HAHA. Pakaian tu bagi betul2 tutup aurat, pak arab ni nafsu dia xmcm org Malaysia, kita xtau. Nak berjalan g mana2 jgn pi sorg2. Dekat sini nnt, ada sistem yg kita panggil sistem musyrif/musyrifah. Musyrif ni ialah seseorg yg akan teman kita ke mana-mana. Jangan risau susahkan diorg ke apa, diorg ni yg volunteer nak temankan hampa, nk jaga hampa. Kalau bukan kita2 yang jaga kita2, sapa lagi ye dok? Pape pun, takut Allah sudey... Mohon perlindungan hanya daripada-Nya yang Maha Melindungi. :)

# EXTRA
1. Alat Tulis. Kalau suka alat tulis yang berjenama tu, bawak siap2. Kat sini susah dapat terutama jenama PILOT. Jenama Staedtler ada jugak sikit2 tapi mahal. Stabilo pun boleh la ada jugak. Pen Faber Castell ada tapi xbanyak variety.
2. Payung. Susah nak jumpa payung kat sini. Bawak je la siap2.
3. Topup. Sebelum datang sini nanti topup siap2. Bleh contact mak ayah sementara nak cari sim card sini. Nak mesej ke no Malaysia guna no Malaysia adalah sebanyak RM2. Telefon RM4 seminit. o.O topup lah secukupnya. No baru nanti, mesej ke malaysia 0.80sen.

Pandai2 la hampa bahagi barang dengan housemate. Bincang betul2 apa yang kena bawak. Ada apa2 kemuyskilan lagi tanya la. Kak lin sedia membantu. Kalau ada apa2 lagi nanti kak lin tambah.

Apa2 pun ingat, walaupun Mesir ni bumi para Anbiya', di sini juga hidupnya Fira'un. Terserah kita jalan mana yang kita pilih, corak apa yang kita bentukkan dalam diri. Betulkan niat datang sini, jangan risau sangat takut xboleh hidup ke apa, kat sini still dalam Bumi lagi. Hehe. Berserah dekat Allah banyak, istikharah. Mesir sangat best bagi kak lin. Insyaallah bagi hampa juga. :D Sementara xpegi lagi ni spend masa cukup2 dengan mak ayah. Selamat membuat persiapan!

Sunday, January 1, 2012

ads on!

Assalamualaikum money-seeker sekalian,

Baru-baru ni aku banyak fikir pasal duit. Buffer punya buffer, why not letak ads dekat blog? ramai dh kot org bt income through blogging ni. Antara persoalan yang aku runsingkan masa nak letak ads ni:

#Berapa je nak dapat pun
Biarlah berapa pun nak dpt, as long as dapat, itu dh memadai kan. Kalau dok fikir berapa je nak dapat berapa je nak dapat tp xstart bertindak no point jugak kan. No action no gain. Lagipun, rezeki kurniaan Allah, ada usaha kita, Insyaallah Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. Allah knows..right? :)

#Bila nk letak ads ni kena byk traffic
kena ada traffic light, polis trafik,... = =
Yes, nak income dari ads yg banyak, traffic kena busy. Which means korg kena mencapub siket lah. Promote blog2 korg supaya banyak yang singgah.(pathetic kan.HAHA) So kena kuatkan smgt jgn segan2 tmbh2 org yg sgt low profile & xmencapub mcm aku ni.

#Kena selalu update
Bila baca requirements nak letak ads tu salah satunya kena update FREQUENTLY. Alahai lemah semangat. Aku bukan takat jarang, xpernah update blog pun dulu. Jadi, kena rajinkan jari berkata-kata!

#Nak post pasal ape je
Bila fikir2 nk kena post byk2, xnak la post sesuatu yg pointless. Aku harap, bila orang singgah blog aku ni, dia dah membuat sesuatu yang beneficial, xnak la view blog aku ni = buang masa. Nak post pasal apa aku buat, aku bukannya hotsetap pun org nak stalk. Aku bukan mcm yuri ngan yoona tu. (- -'') Fikir punya fikir, haa! tau dh nk post mainly pasal apa. Nak tau rajin2 la view. :D

#Ada masa ke?!
Dah la study medic, berangan nk update blog tiap2 hari. Buku medic pun xbukak tiap2 hari. Rasa bersalah nk ngadap blog. Antara blog dan buku medic..ngadap dua2 lah. Arrange your time wisely! Insyaallah, I will. (as if..- -)

ALKISAH

#Google adSense.(xreti lagi masa ni)
Mula2 nak main2 design blog je. Then masa nk tmbah element tu terjumpa Google AdSense. Aku try je lah. Dah register tu, dia kata dia proses dalam masa 5 hari untuk tengok blog aku layak ke x nak letak ads ni. Xdapat sebab language yang aku pakai dalam blog ni diorg xfaham. Yelah, i xspeaking.

#Nuffnang
Usha dulu nuffnang ni. Tengok requirements smua macam ok je. Masih di tahap kemampuan aku. Nuffnang ni asia-pacific punya so Malaysia pun termasuklah so yeayy boleh cakap bahasa Melayu. Maka jadilah suatu petak bernama ads by nuffnang kat sebelah kanan tu. :D

#Innity
Dah siap semua2, senyum sorg2 berangan nanti dapat banyak duit, terasa nak ziarah blog mr.K and ramai2 lagi blogger yang feymes. Noo. :O Mr.K xpakai nuffnang, dia pakai advertlets. Tertanya-tanya la kenapa mr feymes ni xpakai nuffnang. I pun email mr.K kenapa dia pakai advertlets. Jawabnya:

Salam.
Aku pakai innity. Adverlets tu sebagai alternate je. Nak guna nuffnang mmg jangan harap la. And da tak ada iklan lain da yg okay. :)
Sent by BlackBerry® Smartphone

(mr.K reply e-mail aku. ><)

Then aku usha la page innity ni tapi requirements dia kena update DAILY which means more than frequently. Tsk, i'm not such active blogger tapi memandangkan macam lumayan je, i will be someday!

Sore ja, walaupun bunyi macam senang nak generate income through dunia separa reality ni, still, to gain anything you need to give countless effort for countless results! Untuk mereka yang newbie macam aku ni, good luck! yg penting make sure sumber tu halal, diiringi doa mintalah daripada Dia yang Maha Memberi rezeki & yg penting, redha-Nya. Kalau banyak tp xde redha Allah, wake up, u gained nothing actually. May Allah bless All of us. Ameen.

hate this blog :D

Assalamualaikum.
Lately ni aku ada wonder pasal terasa hati,jantung,jiwa,raga, bakul rotan etc. Ingat nk post la sket apa yg aku dah resolve kan. Tup-tup terjumpa post yg totally-newly-different scope about terasa hati ni. Latest post dari blog theotherkhairul. Aku ngan Mr.K ada telepati. Deal with it guys. :D

Sangat besar intipati scope dari post ni yg bleh dibawak berfikir. So korg bace dulu lah kat sini. yg xkenal blog theotherkhairul lg tu, my advice: don't regret once you entered.coz there's no turning back. :D

Wednesday, December 28, 2011

munch2: Honey Roasted Almond


Assalamualaikum semua. Sape tau maksud jajan?ya! silalah tanya kawan2 korg yg duduk di selatan tanah air.(jgn bendul sgt) xpe aku baik, aku gtau.

Kacang Badam

bukan,jajan bukan kacang badam. nk bgtau, kacang badam ni sesuai dibuat jajan2.faham x? ok2 jajan ni kalau org utara suka cakap keropok.org jawa cakap chemilan.buat makan2,jajan2,keropok2 di waktu korg PMS, yg slalunya lead to extreme cravings yg blh bt kita moody.yah!this might be something that will do your cravingss.

Klu kat egypt ni bleh la bli almond tu dekat fathalla dgn hrga 36LE 1kilo. Tp aku silap aku g bli dekat kedai spjg ibrahimiyah 2, dia ckp 30LE per nuss(500g) mcm mana entah otak aku bleh disoriented igt yg ni lg murah, 30LE per kilo, aku ckp dekat fathalla 2 lg mahal 36LE per kilo, and that's so0.....aku baik,aku xckp bnda2 2.

here's what i'm talking about.

HONEY ROASTED ALMONDS

500 gram almonds
3 tablespoons honey (sedang elok rasa dia,xmanis sgt)
3 tablespoon water
2 teaspoon oil (i used olive oil la of course.ehe)
2 tablespoon sugar (healthier choice: brown sugar)
2 teaspoon salt
2 teaspoon cinnamon powder

IMPORTANT ingredient: LOVE ^^

First things first!

1. Bakar para almond dlm 350 degree celsius for about 12-15 minutes, kejap2 balik-
balikkan almond tu so they baked evenly. Agak-agak isi almond tu dh golden sikit, angkat.
2. Campurkan gula,garam & serbuk cinnamon dlm cawan. biarkan dlu.
2. Dalam kuali(jangan buka api lg), campurkan air, madu & minyak and kacau smpai agak2
air dgn madu dah bercampur evenly.
3. Buka api sederhana(kalau xnak mkn bnda pahit kena sabar!), keep stirring the
mixture until sedikit boiling.
4. Masukkan almond2 comel td ke dlm kuali 2, gaul2 smpai smua badam disaluti
madu. Cuba kawal api time ni, sbb kita nk consistency madu yg likat (smpai all the
water evaporate) tapi xnak smpai madu 2 turn dark.
5. Tutup api. Taburkan campuran gula, garam dan serbuk cinnamon td atas almond2 2.
Keep stirring smpai sebati.
6. Sejukkan badam dlm keadaan badam 2 xmelekat antara satu sama lain. Sbb dh sejuk nt,
gula yg cair akan mengeras and you wouldnt want to eat almond like u eat rice! makan
satu2 la sedap kate jajan.

this is how much you'll get with 500g.


Done!gojes kan??mcm org yg buat la

ATTENTION!
Sebelum buat apa2, rasa dulu sebiji badam, so that korg bleh estimate brp lama nk bakar, korg bleh adjust nk masin mcm mna, manis mcm mna. orait?

ATTENTION JUGAK!
Kalau korg bli already baked almond, skip the baking process and klu dh masin, xperlu campur garam dalam gula td.

Lg suka yg orii?lg senang kerja.just bake the almond you got to improve the crunchiness. buh garam sikit pn boleh.what?darah tinggi?apa kau nk bubuh satu kilo garam kee.chilll bebeh,live your life,sikit2 sudah.

Mcm yg aku ckp, bila PMS+winter, craving, bila craving xdpt, belagak mcm org ngidam tu, ngamoklahh.so nk handle housemate2 yg tgh hurricane tu, bleh bt bnda ni and remember the main ingredient is to put 100% loves so that love will spread, yeah, spread the LOVE~~

TAKUT XSEDAP?
Masa masak tu jaga adab2 memasak, mulakan dgn bismillah, selawat, doakn doa penerang hati, Insyaallah, it will be berkat-er than ever,lg sedap dari tong garden punye. :D

KENAPA BADAM?
-Antikanser! badam kaya dgn antioxidant
-Brain food! nk pndai makan la badam daripada makan super ring(super ring sedap koot!haha)
-Mengurangkan paras kolesterol
-Merendahkan risiko darah tinggi & serangan jantung
-Menghalang obesiti (kegemukan)
-Meredakan diabetes
-Membantu menghalang batu karang
-Menghalang osteoporosis

xpuas hati?ya terlalu banyak hikmah Allah jadikn sesuatu itu xcukup utk aku senaraikan smua kat sni.nah tekan lah sini utk bahasa melayu @ sini utk improve vocab korg

Sore ja, replace your munchy2 with something healthier!